Quantcast
Channel: PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 306

RAMALAN NILAI MATAWANG RINGGIT MALAYSIA

$
0
0
ramalan nilai wang ringgit malaysia

ramalan nilai wang ringgit malaysia

Ramalan nilai matawang ringgit malaysia selepas kejatuhan nilai wang ringgit pada paras terendah dalam tempoh 18 tahun iaitu RM4.2 berbanding 1 dolar.
Nilai matawang ringgit Malaysia kini mencecah 4.2 berbanding 1 dolar amerika sudah mencecah paras terendah sejak 1998 yang menunjukkan kejatuhan nilai matawang ringgit malaysia terburuk dalam tempoh 18 tahun dan prestasi matawang paling buruk di Asia disebabkan oleh pelbagai isu domestik serta kemerosotan harga komoditi. Pada 8 Jun 2015, ringgit turun kepada 3.8, terendah sejak Januari 2006. Pada 9 Jun 2015, wang ringgit malaysia jatuh kepada nilai yang paling rendah berbanding dolar Singapura dalam tempoh 30 tahun, diniagakan pada RM2.77 berbanding dolar Singapura. Pada 12 Ogos, ringgit turun kepada RM4.0 berbanding dolar, yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang mengalami kejatuhan nilai matawang tetapi sebahagian negara didunia mengalami kejatuhan matawang terutama negara pengeksport komoditi dunia.

susut nilai matawang ringgit

susut nilai matawang ringgit

KENAPA NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH?
Kejatuhan nilai ringgit Malaysia adalah disebabkan banyak faktor diantaranya :
1. Kejatuhan harga minyak. Minyak adalah salah satu daripada eksport utama Malaysia dimana harga minyak mentah Brent menurun sebanyak 38% dari Jun 2014 yang menjejaskan mata wang ringgit malaysia.
2. Isu domestik seperti persoalan hutang 1MDB Malaysia telah mendapat perhatian dunia telah menjejaskan keyakinan terhadap ringgit.
3. Pada Jun 2015 peningkatan kadar faedah oleh Amerika juga telah dikaitkan dengan prospek kejatuhan nilai ringgit.
4. Pada bulan Julai 2015, laporan media bahawa akaun-akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pemindahan USD700 juta wang 1MDB telah melemahkan lagi keyakinan terhadap mata wang RM.
5. Pada 11 Ogos 2015, China menurunkan nilai mata wangnya yang menyebabkan mata wang Asia dan ringgit Malaysia jatuh lagi, kerana penurunan nilai yuan mengukuhkan wang dolar Amerika.
RAMALAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA
Pada bulan Disember 2014, Credit Suisse Group AG menurunkan unjuran ringgit selama tiga bulan dari 3.38 setiap dolar kepada 3.49 setiap dolar. Reuters melaporkan bahawa ringgit akan terus jatuh sehingga harga minyak stabil. Pada tahun 2015, nilai ringgit telah mengalami kejatuhan dari bulan ke bulan hingga akhir april matawang ringgit diperkukuhkan. Walau bagaimanapun, sejak akhir bulan Mei, ringgit sekali lagi menyaksikan penurunan mendadak dalam nilai. Pada bulan Julai 2015, Financial Times melaporkan bahawa beberapa bank telah meramalkan ringgit akan turun serendah 3.88 berbanding dolar menjelang akhir tahun 2015. Ramalan ini kini telah menjadi kenyataan, apabila ringgit telah jatuh melebihi 4.00 berbanding 1 dolar us.
Berdasarkan ramalan nilai ringgit malaysia daripada analisa graf matawang ringgit Malaysia seperti graf di atas menunjukkan ringgit Malaysia akan semakin merosot hingga 4.3 di akhir tahun 2015, seterusnya akan berada di tahap 4.2 berbanding 1 dolar Amerika pada tahun 2016 dan pada tahun 2020 nilai wang ringgit malaysia di paras 3.52.

ramalan wang ringgit malaysia

ramalan wang ringgit malaysia

Ramalan atau jangkaan wang ringgit malaysia jangka sederhana antara sebulan dan tiga bulan berdasarkan 95% prediction interval pula menjangkakan nilai matawang ringgit Malaysia dalam tempoh sebulan akan berada diparas terendah 4.16 hingga 4.64 diparas tertinggi. Ramalan dalam tempoh 3 bulan pula menunjukkan kejatuhan wang ringgit malaysia diantara 4.30 paras terendah hingga 5.21 kemerosotan nilai RM tertinggi. Ramalan wang ringgit Malaysia ini hanyalah analisa yang tidak harus diyakini kerana ianya hanya jangkaan semata-mata. Data ramalan wang ringgit malaysia ini klik http://www.ratesfx.com/predictions/pred-myr.html
PERSIAPAN DIRI HADAPI KRISIS EKONOMI ATAU KEJATUHAN WANG RINGGIT
Persiapan utama menghadapi krisis ekonomi ataupun kejatuhan nilai matawang adalah dengan berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit malaysia serta cukai gst akan menyebabkan harga barangan naik dan kuasa beli semakin berkurang. Perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat akan dapat mengurangkan masalah perbelanjaan yang tidak mencukupi.
Langkah berjaga-jaga sebagai bekalan semasa krisis ekonomi atau kejatuhan nilai wang ialah dengan menyimpan matawang yang kukuh seperti dolar singapura atau dolar brunai. Penyimpanan matawang asing dari negara yang kukuh dan stabil adalah merupakan satu pelaburan yang menguntungkan apabila nilai matawang ringgit jatuh. Ramai rakan yang berada di Johor telah menyimpan dolar singapura sebagai pelaburan matawang fizikal. Namun begitu pelaburan matawang fizikal ini berisiko jika nilai matawang ringgit mengukuh yang boleh menyebabkan kerugian.
Persiapan terbaik dan selamat mengatasi nilai wang ringgit yang semakin berkurang adalah dengan menyimpan emas fizikal. Kini masa terbaik menyimpan emas kerana harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun. Lihat HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN HARGA EMAS 2015. Emas adalah simpanan terbaik kerana emas dijadikan pelindung kekayaan (wealth protection), perlindungan masa kecemasan seperti insurans, pelindung semasa inflasi atau kalis inflasi, pembina harta kekayaan dan mengelak kebocoran wang dari sikap boros.
Emas adalah pelindung kekayaan (wealth protection) kerana nilainya yang sentiasa tinggi berbanding nilai wang yang semakin rendah. Buktinya adalah kejatuhan nilai wang Ringgit seperi sekarang. Ringgit Malaysia pernah jatuh hingga 50% setahun, namun tak pernah berlaku kejatuhan harga emas dalam sejarah 30 tahun harga emas. Jika wang ringgit jatuh teruk, wang ringgit hanya keping-kepingan kertas yang ditulis nombor yang tiada nilai sebenar padanya. Nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik negara dan sentiasa berubah-ubah. Contohnya, wang ringgit Malaysia yang disimpan di bank 5 tahun lepas yang bernilai RM100, tetap bernilai RM100 namun kuasa belinya atau barang yang diperolehi untuk membeli barang kini adalah sedikit dari nilainya kerana nilai wang RM100 sudah berkurang. Namun jika menyimpan emas 1 dinar, harganya akan bertambah walaupun semasa krisis ekonomi atau kejatuhan nilai matawang. Ini adalah kerana emas adalah pelindung harta yang kalis inflasi. Contoh pengiraan perbandingan ekonomi stabil (nilai RM 2.8 berbanding dolar) dengan krisis kejatuhan ringgit malaysia kini ( nilai RM 4.1 berbanding dolar ), dengan andaian harga emas yang sama kini dan 5 tahun lepas iaitu 1000 us/oz. (1 oz = 31.10 gram). Maka :
Harga emas ekonomi stabil dimana nilai RM 2.8 sedolar :
Harga emas 5 tahun lepas dimana Harga emas semasa $1000 us/oz ialah $1000 bahagi 31.1 = $40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 2.8 ialah RM89.88 pergram emas mentah.
Harga emas krisis ekonomi nilai RM jatuh dimana nilai RM 4.1 sedolar :
Harga emas kini dimana harga emas juga $1000 us/oz ialah $1000 bahagi 31.1 = $40.8 us/g, maka harga emas ialah $32.1 X 4.1 ialah RM131.61 pergram emas mentah.
Walaupun pada harga emas dunia yang sama, harga emas tetap tinggi walaupun kejatuhan nilai ringgit Malaysia atau krisis ekonomi. Ini menunjukkan emas adalah kalis inflasi. Belajar mengira harga emas dunia kepada harga ringgit malaysia klik CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS.

emas fizikal termurah tanpa gst

emas fizikal termurah tanpa gst

Penyimpanan emas fizikal adalah sebagai insuran atau perlindungan di waktu kecemasan, bencana alam, peperangan, krisis ekonomi dan sebagainya kerana sifat emas yang kecil, ringan, berharga yang mudah dibawa dan laku seluruh dunia. Contohnya gold bar 250g 24K lbma tanpa cukai gst public gold boleh disimpan sebanyak 10 keping didalam poket seluar sahaja. Kini harga jongkong emas 250g 24k adalah lebih kurang RM40,000. Adakah anda boleh membawa wang RM400,000 didalam poket seluar?. Emas juga adalah pelindung dimasa kecemasan atau kesempitan wang kerana emas mudah dicairkan samada di gadaikan atau dijual dimana sahaja.
Emas adalah pembina harta dan pengelak kebocoran wang kerana penyimpan emas akan seronok mengumpul emas secara tidak langsung dapat membina harta sedikit demi sedikit dan secara tidak langsung mengelak kebocoran wang serta sikap boros. Bandingkan jika menyimpan duit, biasanya duit mudah dan cepat habis untuk dibelanjakan. Tiada orang jatuh miskin dengan menyimpan emas, tapi ramai orang jatuh miskin sebab wang kertas yang menyebabkan sikap boros berbelanja, terjebak skim cepat kaya, kahwin lain dan sebagainya.
Membeli dan menyimpan emas lebih mudah kerana hanya memerlukan modal yang sedikit, serendah RM100, berbanding harta atau aset lain seperti tanah atau rumah. Kini melalui Program GAP ( Gold Accumulation Program ) Public Gold anda dapat membeli emas serta menyimpan emas fizikal seperti gold bar 24K lbma atau emas dinar 24k lbma dengan modal rendah seperti membeli emas minima RM100 atau membeli 1g emas 24 Karat yang berharga lebih kurang RM160. Klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk menyimpan emas fizikal dengan cara mengumpul sedikit demi sedikit.
Duit simpanan jangka pendek yang hendak digunakan lebih baik disimpan dalam bentuk tunai di bank sementara wang simpanan jangka panjang, lebih baik ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Untuk membeli jongkong emas atau emas dinar termurah murah tanpa cukai gst, klik CARA MEMBELI EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD untuk membeli gold bar atau emas dinar dan terus dapat gold bar atau emas dinar public gold yang dibeli sebagai perlindungan, pembina harta dan insuran masa depan terbaik.
Walaupun kejatuhan wang ringgit Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan berbangga berada didalam negara yang aman makmur dan bebas merdeka. Kita sebagai rakyat malaysia mestilah bersatu sehati sejiwa kerajaan Malaysia
mengatasi masalah kejatuhan matawang negara dengan mengurangkan barang import untuk menstabilkan ekonomi negara dan menambah pendapatan negara. Kita mestilah bersama-sama menjaga keindahan negara serta mempamerkan tingkah laku yang baik serta menjauhi tingkah laku yang kurang sopan seperti tunjuk perasaan, rusuhan kaum dan sebagainya untuk menjaga nama baik negara dan menarik minat pelancong asing melawat negara Malaysia dan menjana pendapatan negara Malaysia. Pendapatan negara bertambah, ekonomi negara Malaysia akan stabil, aman dan makmur.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 58, Sehati Sejiwa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 306