Quantcast
Channel: PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA
Viewing all 306 articles
Browse latest View live

BISNES TANPA MODAL

$
0
0
Bisnes-Tanpa-Modal BISNES TANPA MODAL
Bisnes Tanpa Modal

Bisnes tanpa modal untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hayat secara online dari rumah dengan berniaga barangan online di shopping online malaysia pg mall

PG MALL SATU-SATUNYA pusat beli belah online tempatan terbesar Malaysia menggunakan konsep “CONSUMERCHANT” iaitu konsep pengguna dan peniaga. Konsep cunsumerchant membolehkan pelanggan BUAT DUIT SETIAP SAAT TANPA KERJA secara online dengan berniaga barangan orang lain di platform PG MALL dengan mudah untuk dapatkan pendapatan pasif sepanjang hayat apabila rakan mendaftar dan membeli barangan di PG MALL. Konsep CUNSUMERCHANT PG MALL membolehkan shopper buat duit dari rumah secara online dengan bisnes tanpa modal.

Fikirkan untuk bina bisnes seperti buka kedai runcit perlukan modal yang besar, terpaksa pinjam duit pusing modal dan sebagainya, kena sewa kedai, beli barang, gaji pekerja, kos marketing dan promosi, pelbagai kos dan yang pasti bisnes jalan atau tidak jalan mesti bayar sewa setiap bulan. Tempoh dapat balik modal dan untung mungkin mengambil masa setahun paling cepat. TAPI melalui konsep “consumerchant” PG MALL dapat buka kedai tanpa modal, tanpa gaji pekerja, tanpa perlu sewa kedai, tanap kos marketing, tanpa bimbang barang tidak terjual, tanpa kos untuk berniaga dengan hanya promosi kan barangan di PG MALL untuk menjan pendapatan pasif sepanjang hidup.

CONSUMERCHANT PG MALL

Pg-Mall-Consumerchant-Pertama-Di-Dunia BISNES TANPA MODAL
Pg Mall Consumerchant Pertama Di Dunia

Konsep “ConsuMerchant” PG MALL adalah kata hibrid yang berasal dari kata, “Consumer” dan “Merchant”,  adalah model perniagaan ekonomi perkongsian keuntungan tulen yang memberi kuasa kepada pengguna ( shopper), muda atau tua untuk menjadi usahawan online dan membina empayar perniagaan tetap dengan PG Mall. Pg Mall menghargai pengguna / pembeli sebagai rakan niaga jangka panjang dan menawarkan ganjaran tunai berterusan sebagai balasan atas pembelian dan sokongan berterusan melalui program “Forever Cash Back” dan mendapat penghargaan merujuk pembeli baru untuk berbelanja dengan PG Mall melalui program referral pertama ini di dunia yang dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat.

Dengan PG Mall, pembeli kami tidak hanya dapat membeli pelbagai jenis barang dengan harga murah, mereka juga dapat memperoleh hasil ketika mereka berbelanja dan berkongsi pengalaman membeli-belah yang hebat dengan rakan dan keluarga. Ganjaran tunai dapat diperoleh setelah transaksi yang berjaya dibuat melalui pembelian peribadi atau rujukan. Semakin banyak rujukan yang dibelanjakan, semakin banyak wang tunai yang akan diperoleh oleh referral (introducer), di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi.

BAGAIMANA DAPAT MENJANA PENDAPATAN PASIF DI PG MALL

Pendapatan-Pasif-Melalui-Pg-Mall BISNES TANPA MODAL
Pendapatan Pasif Melalui Pg Mall

Setiap pembeli yang berdaftar di PG Mall berhak mendapat kempen Shop, Share dan Earn dimana apabila pembeli (introducer) berkongsi pautan rujukan (referral link) kepada rujukan seperti (rakan, keluarga atau bahkan orang asing) akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian per transaksi. Mekanisme yang sama berlaku untuk pembeli baru berkongsi referral link kepada pembeli baru. Walaupun terdapat banyak peringkat pembeli baru yang mendaftar, introducer akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari jumlah pembelian rujukan tahap pertama dan kedua masing-masing.

Cara-Jana-Pendapatan-Di-Pg-Mall BISNES TANPA MODAL
Cara Jana Pendapatan Di Pg Mall

Contoh dropship pg mall untuk mendapat life time cash back seperti dalam diagram di atas. Katakan pelanggan biasa atau Shopper iaitu Siti yang cantik membuat belian di Pg Mall RM1000 akan mendapat cash back 0.5% iaitu RM5. Siti promosikan referral link atau barangan di Pg Mall dan Ani membuat belian RM1000 jadi downline kekal Siti, maka Siti akan mendapat cash back RM5. Seterusnya Ani promosikan kepada kawannya Mimi yang membuat belian RM1000, maka Ani dan Siti akan mendapat cash back RM5. Maka, Siti telah mendapat cash back RM15 tanpa kerja dengan hanya promosikan barangan di PG Mall dan setiap kali Ani dan Mimi membuat belian di Pg Mall, Siti akan mendapat cash back sepanjang hidup. Siti hanya membuat belian sekali menjadi ahli pg mall, dan rekomenkan PG Mall sekali, namun dapat income berkali-kali.

PULANGAN TUNAI SELAMANYA

Setiap pembeli memperolehi pulangan tunai selamanya (forever cashback) dari 0.5% hingga 3.5% untuk setiap pembelian yang dilakukan di PG Mall yang merangkumi hingga tiga peringkat rujukan. Peratusan ganjaran tunai bergantung pada kedudukan pangkat pembeli – Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper. Untuk menjana pendapatan bulanan hendaklah keuntungan meningkatkan pembeli rujukan (downline) atau pembelian peribadi bagi meningkatkan pangkat pembeli (shopper) peribadi. Untuk cashback bulanan kurang dari RM100, ia akan dikreditkan ke C-wallet dan boleh ditebus untuk sebarang pembelian di masa hadapan, sedangkan untuk cashback bulanan melebihi RM100, wang tunai akan dikreditkan ke akaun bank peribadi anda pada 25 setiap bulan. Ganjaran wang tunai ini akan berterusan apabila downline yang kekal membeli-belah di PG Mall yang dikenali “Cashback Selamanya”.

PANGKAT SHOPPER PG MALL

Pangkat-Shopper-Pg-Mall BISNES TANPA MODAL
Pangkat Shopper Pg Mall

Kelayakan Pangkat Pembeli (shopper) dan Insentif Pulangan Tunai :

1.Super Shopper

Pembeli secara automatik akan layak menjadi Super Shopper setelah mereka merujuk atau memperkenalkan 50 pembeli dan ke atas, dengan jumlah penjualan kumpulan terkumpul melebihi RM50,000. Super Shopper akan mendapat insentif cashback 1% dari pembelian downline, 0.5% dari pembelian Super Shopper dan juga menikmati cashback 1% dari pembelian peribadi.

2.Premium Shopper

Untuk memenuhi syarat untuk Premium Shopper, Super Shopper perlu merujuk atau memperkenalkan 200 pembeli atau lebih dengan jumlah jualan kumpulan terkumpul melebihi RM200,000. Premium Shopper akan mendapat insentif pengembalian tunai 1.5% dari pembelian pembeli downline, 1.0% dari pembelian Super Shopper, 0.5% dari pembelian Premium Shopper dan juga menikmati pulangan tunai 1.5% dari pembelian peribadi.

3.Elit Shopper

Untuk memenuhi syarat menjadi Elite Shopper, Premium Shopper perlu merujuk atau memperkenalkan 300 pembeli atau lebih dengan jumlah penjualan kumpulan terkumpul melebihi RM500,000. Elite Shoppers akan mendapat insentif cashback 2% dari pembelian pembeli biasa yang mereka rujuk, 1.5% dari pembelian Super Shopper, 1.0% dari pembelian Premium Shopper, 0.5% dari pembelian Elite Shopper dan juga menikmati cashback 2% dari pembelian peribadi.

Bagi dealer Public Gold secara otomatik mendapat pangkat shopper mengikut pangkat dealer dimana Normal Dealer menjadi Super Shopper, Priority Dealer menjadi Premium Shopper dan Master Dealer menjadi Elit Shopper. Jadi bagi dealer Public Gold yang tidak menggunakan PG MALL untuk beli belah dan menjana pendapatan sampingan adalah suatu kerugian.

DROPSHIP PG MALL

Dropship-Pg-Mall BISNES TANPA MODAL
Dropship Pg Mall

Mulakan usahakan perniagaan baru atau keusahawanan melalui platform shopping online PG Mall hanya dengan menggunakan konsep perniagaan drop-shipper. Sebagai dropship, tidak perlu risau tentang kesediaan stok dan logistik. Pedagang PG Mall kami dengan berjuta-juta Unit Penyimpan Stok (SKU) akan bertanggungjawab dalam menguruskan pesanan pelanggan dan rakan kongsi logistik kami yang lengkap akan memastikan barang yang dibeli oleh pelanggan berjaya dihantar tepat ke depan pintu tepat pada waktunya.

CARA BUAT DUIT DI PG MALL

1.DAFTAR SHOPPING ONLINE PG MALL

Referral-Link-Pg-Mall-Untuk-Kembangkan-Bisnes BISNES TANPA MODAL
Referral Link Pg Mall Untuk Kembangkan Bisnes

a) Bagi pembeli baru yang bukan ahli Public Gold, Daftar jadi Shopper di PG Mall, klik DAFTAR PG MALL PERCUMA sebagai Shopper. Setelah daftar mula mula beli barangan di PG Mall untuk dapat referral link sendiri.

b) Bagi ahli Public Gold boleh terus LOGIN di PG MALL menggunakan Kod PG dan Password sama seperti di website Public Gold untuk mula beli belah di PG mall atau dapat referall link atau kongsi barangan di Pg Mall. Sebaiknya boleh install aplikasi Pg Mall di Play Store.

c) Bagi pembeli baru boleh juga buat belian emas pelaburan Public Gold minima RM100 untuk beli emas GAP terus jadi ahli Public Gold dan terus dapat login di PG MALL. Klik CARA BELI EMAS GAP untuk kumpul emas pelaburan 999 sedikit demi sedikit.

2.SHARE REFERRAL LINK ATAU SHARE BARANGAN

Referral-Link-Pg-Mall-Untuk-Kembangkan-Bisnes BISNES TANPA MODAL
Referral Link Pg Mall Untuk Kembangkan Bisnes

a) Promosikan referral link jadi shopper bawah kita sekerap mungkin di media sosial samada FaceBook, Instagram, TikTok dan lain-lain atau kepada siapa saja kenalan yang kita jumpa untuk besarkan group shopper di bawah networking bagi menjana pendapatan pasif.

Cara-Promosikan-Barang-Di-Pg-Mall BISNES TANPA MODAL
Cara Promosikan Barang Di Pg Mall

b) Promosikan barangan di Pg Mall. Pastikan LOGIN dahulu dan klik butang SHARE pada barangan di PG Mall di mana apabila rakan daftar dan membuat belian secara otomatik menjadi downline kekal dan terus mendapat cash back selamanya. Kongsikan promosi atau tawaran menarik di PG Mall untuk menarik orang ramai daftar dan membuat belian di Pg Mall. Tawaran dan promosi terbaru pg mall boleh dilihat di FB page Pg Mall.

Dalam website Pg Mall telah disediakan semua maklumat mengenai consumerchat dan klik VIDEO TUTORIAL PG MALL untuk panduan video cara promosi dan sebagainya.

3.EARN TERIMA PENDAPATAAN SETIAP BULAN

Terima ganjaran pendapatan setiap 26 haribulan apabila downline membuat belian di Pg Mall. Katakan dapat seorang new shopper setiap hari, setahun sudah dapat frontline 365 orang downline dan jika 3 tahun dapat frontline 1095 0rang. Bayangkan semua frontline beli barangan RM100 sebulan, maka akan mendapat jumlah belian RM109,500 dan mendapat cash back 0.5% iaitu RM547 setiap bulan. Katakan semua frontline dapat rekrut 3 downline, maka kita akan mendapat RM547 x 3 iaitu RM1641 setiap bulan tanpa bekerja.

KELEBIHAN PG MALL yang tiada pada shoping online lain adalah konsep “Consumerchat” dimana setiap pembelian barangan di PG Mall akan dapat insentif belian sendiri dan insentif refferal untuk menjana pendapatan kekal setiap bulan. Sesiapa sahaja yang mendaftar dan membeli barangan di PG Mall secara otomatik menjadi ahli PG Mall dan terus memperolehi insentif belian sendiri dan dapat insentif referal ke atas belian rakan yang dipromosikan (downline) untuk selamanya iaitu untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hidup.

PG MALL SATU-SATUNYA pusat beli belah online tempatan Malaysia yang menyediakan pelbagai barangan keperluan dan barang emas yang mudah, murah, selamat, dapat insentif, diskaun dan dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat dengan mempromosikan PG Mall kepada orang ramai tanpa yuran pendaftaran dan sebagainya. Insentif setiap belian sendiri atau downline akan di masukkan kedalam E Wallet atau di masukkan kedalam akaun bank ahli setiap bulan seperti makan gaji. Pg Mall masih baru yang ditubuhkan tahun 2017 telah berkembang pesat, jadi bertindak segera daftar dan terus beli barangan di PG Mall untuk menjadi dropship pg mall bagi menjana pendapatan berterusan seumur hidup. Maklumat lanjut mengenai Pg Mall whatsapp 0199185593. Klik KELEBIHAN SHOPPING ONLINE PG MALL untuk maklumat kelebihan online shopping tempatan terbesar Malaysia di Pg Mall.

“Selamat Berpuasa Ramadhan Dan Menyambut Raya Aidilfitri 2021”

The post BISNES TANPA MODAL first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA

$
0
0
Ramalan-Harga-Emas-2021-Masa-Depan-Dan-Ramalan-Emas-Malaysia RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Ramalan Harga Emas 2021 Masa Depan Dan Ramalan Emas Malaysia

Ramalan harga emas 2021 dan ramalan harga emas masa depan daripada analisis harga emas serta ramalan harga emas Malaysia

Harga emas 2020 adalah sejarah harga emas naik paling tinggi pada bulan Ogos iaitu 2075 us/oz yang telah melintasi harga emas tahun 2011. Penyebab utama kenaikkan harga emas tertinggi tahun 2020 adalah ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia disebabkan oleh pandemik Covid-19, pasaran saham jatuh disebabkan Black Monday dan Black Thursday, perang harga minyak Rusia-Arab Saudi, Brexit dan pilihan raya presiden AS yang melonjakkan harga emas. Dengan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang semakin meningkat, emas telah menjadi aset utama bagi banyak pelabur yang ingin mengurangkan risiko dan mempelbagaikan portfolio mereka.

Kini bulan Mei tahun 2021 harga emas menurun stabil rendah memberi tanda tanya dan persoalan adakah harga emas akan naik melebihi $ 2,000 per auns pada tahun 2021 ?   Jadi disertakan analisis harga emas 2021 dan masa depan serta ramalan harga emas Malaysia.

ANALISIS HARGA EMAS 2021

Harga emas bersinar pada tahun 2020 dengan kenaikkan harga emas tertinggi pada 6 Ogos 2020 dimana harga logam emas mencecah $ 2,070 per auns iaitu melonjak 35 peratus sejak awal tahun 2020 dan 40 peratus dari harga terendah bulan Mac. Pertumbuhan itu didorong oleh melemahnya dolar AS dan sejumlah peristiwa geopolitik dan ekonomi yang signifikan di arena global, seperti perjanjian EU mengenai dana pemulihan koronavirus dan penutupan konsulat China di Houston, AS.

Selepas itu harga emas terus merosot akibat daripada kenaikkan harga dolar dan penemuan vaksin covid19 hingga bulan Mac 2021. Harga emas lantai, bottom price pada bulan Mac 2021 pada paras $ 1673 us/oz dan seterusnya harga emas naik secara perlahan hingga terbentuk double bottom pada bulan Mei 2021.

Analisis-Harga-Emas-2021 RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Analisis Harga Emas 2021

Analisis harga emas tahun 2021 berdasarkan bentuk graf double bottom dan kitaran harga emas bulan mei 2021 yang menandakan permulaan kenaikkan harga emas. Graf emas mengesahkan penembusan double bottom pada bulan mei 2021 dan dijangka harga emas akan mulai melangkah naik ke tahap $ 2000 mungkin menjelang bulan Ogos 2021 untuk bergerak kepada harga emas puncak bulan Ogos 2020

Analisis-Ramalan-Emas-2021 RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Analisis Ramalan Emas 2021

Analisa kitaran 40 hari (40 day cycle) dari kenaikkan harga emas tertinggi bulan ogos 2020 menunjukkan penurunan harga dengan kitaran 40 hari harga emas puncak pada anak panah merah dan kenaikkan harga emas pada kitaran 40 hari dari harga lantai pada bulan mac 2021 (anak panah hijau).

Kitaran 40 hari selepas harga lantai adalah 37 hari dimana kitaran 40 hari seterusnya pada akhir bulan jun 2021. Kitaran 40 hari emas ditutup minggu lalu pada hari ke-37. Sedikit awal tetapi tidak mengejutkan memandangkan kitaran sebelumnya dilanjutkan hingga 42 hari. Kitaran 40 hari berikutnya dijangka harga emas terus naik hingga akhir bulan Jun. Secara keseluruhan, harga emas dijangkakan akan terus kembali ke tahap menguji pada harga emas $ 2000 us/oz pada bulan Julai atau Ogos.

RAMALAN HARGA EMAS 2021

Ramalan harga emas 2021 dan ramalan emas masa depan daripada sebilangan bank dan penganalisis emas dunia seperti di bawah

Ramalan-Harga-Emas-2021-Dan-Ramalan-Emas-Masa-Depan RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Ramalan Harga Emas 2021 Dan Ramalan Emas Masa Depan

Daripada rajah mendapati kebanyakan penganalisis emas meramalkan harga emas akan melebihi $ 2,000 per auns pada tahun 2021 kecuali hanya dua penganlisa yang meenjangkakan harga emas pada paras $1900 us/oz bagi ramalan harga emas 2021.

Perkara menarik daripada penganalisis ramalan harga emas 2021 dan masa depan adalah penganalisis Ross Norman yang meramalkan harga emas tahun 2021 adalah $2275 yang merupakan penganalisa hebat yang telah memenangi tempat pertama dalam tinjauan harga emas LBMA sembilan kali. Dia meramalkan emas akan meningkat 20% tahun 2021. CPM Group’s projection yang meramalkan harga emas rendah iaitu $ 1922 pada tahun 2021 menyatakan bahawa “kami menjangkakan harga akan meningkat tajam pada suatu ketika di masa depan, kepada rekod baru yang jauh lebih tinggi daripada $ 2000 us/oz”.

Ramalan-Harga-Emas RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Ramalan Harga Emas

Penganalisis di Goldman Sachs mempertahankan prospek kenaikan harga untuk tahun yang akan datang, menetapkan sasaran harga logam emas pada $ 2.300 per auns: “Pada pandangan kami, pasaran bull struktural untuk emas belum berakhir dan akan beroperasi semula tahun depan apabila jangkaan inflasi bergerak lebih tinggi, dolar AS melemah dan permintaan runcit pasaran baru muncul terus pulih”

Ramalan harga emas purata dari penganalisis-penganlisis harga emas 2021 adalah $ 2,228. Ramalan emas daripada pengalaman sendiri pada akhir tahun 2021 adalah harga emas dijangka mencecah paras harga $2100 berdasarkan pengalaman daripada harga double bottom pada bulan mei, perayaan serta kemelesetan ekonomi akibat gelombang kedua covid19.

APAKAH FAKTOR KENAIKKAN HARGA EMAS 2021

Faktor utama kenaikkan harga emas tahun 2021 adalah ketidaktentuan ekonomi dan politik dunia. Tahun 2021 juga tidak terkecuali dari ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia akibat wabak covid19 yang semakin bertambah walaupun sudah mempunyai vaksin terutama di India. Untuk melindung nilai portfolio, pastinya para pelabur akan terus membeli atau menambah aset komuditi emas sebagai pelaburan dan “save haven” yang akan menyebabkan harga emas tahun 2021 terus meningkat.

Pakej-Ransangan-Ekonomi-covid19 RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Pakej Ransangan Ekonomi covid19

Faktor kenaikkan harga emas 2021 juga adalah kejatuhan nilai wang dolar akibat rangsangan ekonomi global untuk melawan pandemik covid19 yang akan menyebabkan berlaku inflasi.  Berdasarkan kajian dari McKinsey, rangsangan ekonomi tahun 2021 sudah melebihi ukuran yang diambil semasa krisis global 2008-2009. Semasa pelonggaran monetari, pelabur lebih cenderung beralih dari dolar AS kepada emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan dijangka berlaku kejatuhan nilai wang dolar seterusnya harga emas naik tahun 2021.

Faktor penting lain yang akan menentukan harga emas pada masa akan datang adalah pandemik coronavirus. Gelombang kedua covid19 telah melanda dunia, dengan jumlah kes meningkat setiap hari dibanyak negara akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah negara malah dunia. Apabila sesuatu kerajaan menambah rangsangan fiskal baru dan monetari untuk melawan coronavirus seperti negara India akan menyebabkan berlaku ketidaktentuan politik dan ekonomi global yang akan menaikkan harga emas tahun 2021.

Ramalan harga emas pada tahun 2021 adalah dari pengalaman dan berdasarkan persekitaran hasil nyata yang negatif, dolar yang lemah, jangkaan inflasi yang meningkat, dan rangsangan monetari dan fiskal yang berterusan dan pengalaman kelaziman pergerkan harga emas lebih aktif bermula bulan Jun apabila ekonomi dunia lebih aktif pada pertengahan tahun. Jadi, berdasarkan keadaan semasa tahun 2021, jika ekonomi global terus mengalami kemerosotan akibat pandemik dan peningkatan ketegangan geopolitik telah mengganggu perdagangan antarabangsa, harga emas dijangka naik lebih tinggi tahun 2021 dan bahkan akan memecahkan rekod sebelumnya.

RAMALAN HARGA EMAS MASA DEPAN

Ramalan harga emas masa depan daripada pakar analisa emas dunia majoriti meramal harga emas terus naik pada masa depan. Banyak faktor yang mendorong harga emas naik lebih tinggi pada masa depan adalah satu kelebihan memiliki aset emas. Sejarah telah membuktikan bahawa harga emas terus naik dalam jangkamasa panjang selari dengan kejatuhan nilai wang, krisis dan inflasi.

Ramalan-Harga-Emas-2021-Dan-Masa-Depan RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Ramalan Harga Emas 2021 Dan Masa Depan

Jeff Clark, Senior Analyst, GoldSilver.com meramalkan harga emas tahun 2021 adalah $2250 dan ramalan harga emas 5 tahun adalah $3000 hingga $10,000 us/oz.

Ramalan-Harga-Emas-Masa-Depan RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Ramalan Harga Emas Masa Depan

Harga emas kini mula bersinar dan membentuk patern “a cup and handle” yang dijangka harga emas akan terus bersinar masa depan seperti graf di atas. Penulis buku Rich Dad, Poor Dad” iaitu Richard Kiyosaki meramal harga emas mencecah $ 3,000, dan pelbagai bank kini telah menyesuaikan ramalan mereka kepada paras melebihi $ 2,000.

RAMALAN HARGA EMAS MALAYSIA

Ramalan harga emas Malaysia iaitu harga emas dalam ringgit Malaysia pastinya akan terus naik kerana faktor utama kejatuhan nilai wang ringgit berbanding dolar. Harga emas dalam ringgit Malaysia dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu :

  1. Harga emas dunia dalam dolar Amerika
  2. Nilai ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika

Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz. Maka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar. Ini bermaksub, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia.

Seluruh dunia termasuk kerajaan malaysia telah menyuntik inisiatif menangani wabak pandemik covid19 yang belum tahu bila berakhir. Sejumlah wang yang banyak akan disuntikkan ke dalam ekonomi dan akan menyebabkan inflasi. Inflasi berlaku apabila kenaikan harga barang disebabkan oleh pencetakan matawang, perkenalan wang baru atau kekurangan bekalan. Percetakan matawang baru akan menyebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia.

Perbandingan-Harga-Emas-Ringgit-Malaysia-Dengan-Harga-Emas-Dunia RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA
Perbandingan Harga Emas Ringgit Malaysia Dengan Harga Emas Dunia

Kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia akan menyebabkan harga emas naik walaupun harga emas dunia rendah seperti graf perbandingan harga emas dunia dalam dolar berbanding harga emas dalam ringgit Malaysia. Ini membuktikan bahawa emas adalah kalis inflasi dan pelindung kejatuhan nilai wang. Klik HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA untuk maklumat dan pengiraan penukaran harga emas dunia kepada harga emas dalam ringgit Malaysia.

Dalam rajah yang di ambil di  https://goldprice.org/ menunjukkan harga emas dalam ringgit Malaysia terus naik walaupun harga emas dunia dalam dolar Amerika rendah. Kenaikkan harga emas 20 tahun adalah 642.34% iaitu purata kenaikkan harga emas setahun adalah 32% setahun pada harga semasa rendah menunjukkan simpanan emas adalah simpanan terbaik untuk jangka panjang.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu akibat wabak covid19 tahun 2021, kini waktu sesuai untuk memulakan pelaburan emas bagi memantapkan lagi ekonomi dan sebagai dana kecemasan, pelindung inflasi dan pelindung kejatu

han nilai wang. Cara terbaik mula pelaburan emas bagi yang mempunyai modal besar adalah dengan belian runcit emas dinar atau gold bar yang besar untuk memulakan pelaburan emas fizikal public Gold. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula beli pelbagai jongkong emas, emas dinar atau jongkong perak untuk pelaburan masa depan.

Bagi yang mempunyai modal kecil, cara terbaik memulakan pelaburan emas dengan membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit. Klik CARA BELI EMAS GAP untuk maklumat beli emas GAP minima RM100 bagi mengumpul emas 999.9 iaitu emas khas untuk pelaburan.

Selain daripada simpanan emas, pelaburan emas Public Gold juga dapat peluang berniaga emas untuk menjana pendapatan pasif dengan menjadi dealer Public Gold.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021”

Maaf Zahir Batin

The post RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

PANDUAN BELI EMAS TERBAIK

$
0
0

Panduan beli emas terbaik yang dapat menjamin keuntungan dalam penyimpanan dan pelaburan emas dengan pembelian emas patuh syariah. Panduan pembelian emas terbaik untuk pelaburan iaitu beli emas 999 atau emas perhiasan iaitu beli emas 916 atau dengan tujuan untuk membeli emas pada harga murah, mudah, jimat, selamat dan patuh syariah. Cara pemilikan emas pelaburan 999 atau emas perhiasan 916 terbaik adalah dengan membeli emas dari syarikat emas yang kukuh terjamin mendapat emas yang dibeli dengan selamat selain dapat memberi kemudahan pembelian online, penghantaran emas kerumah, kemudahan jual beli emas, harga emas telus, harga emas murah dan sebagainya. Kini wabak...

The post PANDUAN BELI EMAS TERBAIK first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN PUBLIC GOLD 15 TAHUN

$
0
0

Perkembangan perniagaan Public Gold 15 tahun dalam pelaburan dan perniagaan emas sejak ditubuhkan tahun 2008 hingga kini berkembang maju di Indonesia Public Gold di tubuhnya secara rasmi pada 23 Mei 2008 dimana pada bulan mei 2023, Public Gold menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 15 tahun, #PG15. Selama 15 tahun Public Gold telah melakar sejarah dan perkembangan pesat yang membentuk Public Gold Group dengan perkembangan maju anak syarikat seperti PG mall yang meenjadi online shopping terbesar Malaysia, PG jewel perniagaan emas perhiasan 916, Aurora Italia perniagaan emas 18 Karat yang di senaraikan di Bursa malaysia, KDE Arrahnu pajak emas...

The post PERKEMBANGAN PERNIAGAAN PUBLIC GOLD 15 TAHUN first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

SEBAB UTAMA SIMPAN EMAS TAHUN 2023

$
0
0

Sebab utama simpan emas tahun 2023 dan alasan utama beli emas 2023 dengan ramalan harga emas hingga tahun 2025 Sebab utama simpan emas tahun 2023 dengan alasan utama harga emas naik berterusan akibat kebimbangan pakar ekonomi potensi kemelesetan, ketidaktentuan pasaran dan ramalan harga emas naik berterusan hingga 2025. Emas pertama kali ditemui oleh orang Mesir Purba lebih 4,000 tahun dahulu, dan di zaman Rasullah emas digunakan sebagai mata wang yang dianggap duit ciptaan tuhan sehinggalah manusia mencipta dan mengubah kepada mata wang kertas. Namun didapati wang ciptaan manusia daripada wang kertas atau digital tidak selamat boleh dimanipulasi pihak tertentu...

The post SEBAB UTAMA SIMPAN EMAS TAHUN 2023 first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

UPDATE TERKINI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

$
0
0

Update Terkini pelaburan emas Public Gold dengan naik taraf perkhidmatan untuk simpanan emas pelaburan lebih baik dan lancar. Public Gold telah berkembang maju meningkatkan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan yang kini berjumlah melebihi 1.5 juta orang. Peningkatan servis dan perkhidmatan adalah untuk kemudahan dan kelancaran urusan perniagaan emas dan memenuhi permintaan pelanggan. UPDATE TERBARU SIMPANAN EMAS PUBLIC GOLD : Aplikasi APPS PUBLIC GOLD DITINGKATKAN Terkini aplikasi PUBLIC GOLD lebih baik dan dipertingkatkan yang digabungkan semua urusan pembelian emas untuk kemudahan dengan system bayaran yang lebih mudah dan selamat. Jadi semua pelanggan Public Gold mesti memasang aplikasi PUBLIC GOLD di playstore...

The post UPDATE TERKINI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD first appeared on PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.
Viewing all 306 articles
Browse latest View live